Top
Home Aktiviti Kemudahan Lokasi Galeri Berita Hubungi

Pautan Utama

Flying Fox
Abseiling / Repelling
Rafting
Canoeing
Obstacle course
Jungle Trekking
Compass Marching
Survival Intro
Survival Experience
Jungle War Game
 
 
Pakej-Pakej Menarik :

more >>

find us on Facebook

Brindley Training & Camp /Selamat Datang

Tentang Brindley Training & Camp

Brindley Training & Camp adalah sebuah syarikat pengendali Kem & Perunding Latihan yang beroperasi di Kompleks UNITI, Pasir Panjang, Port Dickson Negeri Sembilan.

Latar-belakang Hutan Simpan Pasir Panjang dan menghadap terus ke laut Selat Melaka menjadikan Brindley Training and Camp (BTC) sebuah kem latihan yang unik dan menarik, menawarkan pelbagai aktiviti 2 dalam 1 iaitu kemudahan latihan indoor dan outdoor di dalam satu premis latihan.

Lokasi strategik yang dilengkapi dengan kemudahan untuk aktiviti-aktiviti hutan dan juga air menjanjikan pengalaman outdoor yang mencabar serta menyeronokkan. Kem ini turut dilengkapi dengan pelbagai kemudahan latihan indoor dan kursus seperti bilik-bilik seminar, dewan besar dan surau. Segala kemudahan dan perkhidmatan yang kami tawarkan tentu dapat memenuhi keperluan dan citarasa pelbagai golongan remaja dan dewasa, sektor perkhidmatan awam maupun swasta.



 

 

Alamilah pengalaman yang mencabar keyakinan dan keberanian dengan aktiviti abseiling di tebing tinggi di tepi laut!

Pupuklah kerjasama dan semangat berpasukan dengan aktiviti berakit di persisiran laut Selat Melaka!

Cabarlah ketahanan fizikal dan keyakinan berada di air dengan berkayak ke Pulau Perjudi!

Terokailah hutan lipur Pasir Panjang untuk menikmati flora dan faunanya dan rasailah suasana malam di hutan yang sunyi dengan latar bunyi unggas dan cengkerik!

Brindley Training and Camp (BTC) terletak kira-kira 15 km dari bandar Port Dickson yang merupakan destinasi perlancongan yang popular di Malaysia. Antara tempat-tempat menarik yang terletak tidak jauh dari BTC ialah Pantai Lagun Biru, Pantai Teluk Kemang, Hutan Rekreasi Tanjung Tuan dan PD Ostrich Farm.

Misi Brindley Training & Camp

Misi utama kami adalah menyediakan pusat latihan yang kondusif untuk aktiviti dalaman dan luaran di samping kemudahan penginapan yang sesuai dan penyediaan makanan berkualiti. Kami juga mempunyai barisan jurulatih yang berpengalaman, terlatih, komited dan juga professional dalam mengendalikan program latihan.

  1. Aktiviti outdoor yang mencabar.
  2. Kemudahan aktiviti indoor yang baik.
  3. Aktiviti yang bersesuaian dengan kehendak pelanggan.
  4. Penginapan yang sesuai dengan bajet pelanggan
  5. Masakan yang menyelerakan

Selain dari menyediakan kemudahan latihan indoor dan aktiviti outdoor kepada syarikat swasta, jabatan dan agensi kerajaan, kami juga menawarkan pakej program motivasi khas untuk pelajar, kelab dan persatuan.

Program yang diatur ini adalah selari dengan kehendak negara untuk membangunkan Modal Insan yang cemerlang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelektual.

Antara Program Motivasi adalah

i) Program Motivasi Modul 'Smart Learning
ii) Program Motivasi Modul Siswa Waja
iii) Program Motivasi Kepimpinan dan Pengurusan Masa

 

+606 6610 764
   
Mengapa Brindley?
Downarrow

Organisasi Tuan pasti tidak menoleh lagi kerana Brindley Training & Camp dilengkapi dengan kemudahan – kemudahan yang secukupnya untuk pengendalian program – program latihan terutama yang berteraskan outdoor dan aktiviti lasak. Melengkapkan lagi kemudahan – kemudahan yang ada ialah barisan jurulatih kami yang berpengalaman, terlatih, komited dan profesional dalam mengendalikan program latihan.


Kongsi pengalaman
latihan di
:
Downarrow

www.mybrindley.blogspot.com

Iklan Percuma
Iklan sekarang!!
Downarrow

klik


 

Home   Aktiviti  |  Kemudahan  |  Lokasi   Galeri   Berita |  Hubungi  | Pelanggan Pakej Pertanyaan Tempahan (Cetak Borang )
.
+606 6610 764