Aktiviti- Aktiviti Outdoor
Aktiviti-aktiviti outdoor yang dijalankan di Brindley Training Camp mempunyai pelbagai objektif yang akan memenuhi tema latihan dan kursus yang dijalankan. Ianya bukan sahaja mencabar fizikal dan mental malah dapat membentuk kerjasama dan semangat kerja berpasukan di samping menjanjikan pengalaman sukar dilupakan. Antara aktiviti-aktiviti yang membuatkan anda teruja ialah :-
- Flying Fox
- Abseiling
- Rakit
- Kayak D’area
- Kayak –Pulau Perjudi
- Jungle Trakking
- Jungle Treasure Hunt
- Expedisi Tanjung Tuan
- Obstacle Course
- Survival Intro & Surrvival Experience
- Compass Marching
- Night Drop
- Mini Explorace
- Sarang Musang
- Telur Dinasour
- Jejari Sotong
- Susun Paku
- Crazy Train
- Telur di Hujung Tanduk
- Simpulan Tali
Rentas Halangan
Cabar diri anda melepasi halangan-halangan ini!
Terdiri daripada pelbagai halangan mencabar yang setiap satunya mempunyai fungsi, keseronokan serta kepuasan tersendiri antaranya:-
- Terowong
- Tembok
- Halangan Pagar
- Titian Gantung
- Gayutan Tarzan
- Tangga Kambing
- Halangan Tembok


Flying Fox
Rasai keindahan alam apabila berada di menara dan keseronokan meluncur di udara.


Abseiling
Rasailah pengalaman pendaki gunung menuruni tebing yang tinggi. 
Cabar keyakinan dan keberanian anda menuruni tebing tinggi di tepi laut dengan menggunakan tali. Walau bagaimanapun jangan risau, jurulatih kami sentiasa memastikan aspek keselamatan dipantau dengan sebaik mungkin.
Rafting
Menguji semangat kerjasama berpasukan dalam membina rakit seterusnya berakit untuk mendapatkan imuniti bagi pasukan. Peserta akan mengharungi cabaran air dan merasai kesejukan air laut Selat Melaka.


Kayak D area dan Kayak ke Pulau Perjudi
Membina kekuatan fizikal dengan mengharungi lautan selama satu jam untuk sampai ke Pulau Perjudi. Anda akan merasai kepuasan bila sampai ke destinasi pulau apabila dapat menikmati keindahan alam yang dijadikan oleh Yang Maha Mencipta.


Jungle Tracking
Jauh dari kesibukan kota, para peserta berpeluang menikmati keindahan alam semulajadi dengan berjalan di dalam hutan sambil menghirup udara segardan suasana yang penuh kehijauan.

Aktiviti kembara malam menjanjikan pengalaman para peserta merasai suasana kegelapan didalam hutan dan merasai cabaran apabila bermalam didalam hutan yang penuh kegelapan.

Compass Marching
Bagaimana anda mencari jalan keluar dari hutan dengan menggunakan kompas? Di dalam aktiviti Compass Marching, peserta diajar cara menggunakan kompas untuk mencari arah dan menjejaki checkpoint – checkpoint tertentu.
Survival Intro
Pengenalan tentang bagaimana untuk ‘survive’ di dalam hutan. Peserta akan di perkenalkan tentang pantang larang di hutan, jenis-jenis pokok, pondok dan perangkap. Demonstrasi memasak tanpa menggunakan peralatan dapur juga akan diadakan.
Survival Experience
Ingin merasakan pengalaman ala-Survival? Dengan sehelai sepinggang peserta akan mengalami cabaran survival samada di hutan, laut atau pulau.
Jungle War Game
Peserta boleh memilih bom air atau peralatan Paint Ball untuk merasai suasana ‘perang’ di hutan.
Program-program Motivasi
Selain dari menyediakan kemudahan latihan indoor dan aktiviti outdoor kepada syarikat swasta, jabatan dan agensi kerajaan, kami juga menawarkan pakej program motivasi khas untuk pelajar, kelab dan persatuan.
- Program Motivasi Modul Smart Learning
- Program Motivasi Modul Siswa Waja
- Program Motivasi Kepimpinan dan Pengurusan Masa

Smart Learning
Modul Smart Learning ini memberi pendedahan dan melatih teknik pembelajaran dan berfikir yang bijak yang diperlukan oleh setiap pelajar untuk cemerlang dalam pelajaran dan seterusnya apabila bekerjaya nanti.

Program Motivasi Siswa Waja
Program ini sebagai persediaan untuk membentuk kualiti diri agar mampu memberi impak positif kepada pasaran semasa. Program ini mengambil pendekatan ‘adventurous learning’ dengan menekankan aspek fizikal, mental, emosi dan kerohanian melalui ceramah, latihan fizikal serta latihan dalam kumpulan.


Program Motivasi Kepimpinan dan Pengurusan Masa.
Menyemai sifat-sifat kepimpinan selain dari mengukuhkan jati diri di dalam diri pelajar. Di samping itu dapat melahirkan pelajar-pelajar cemerlang dalam pengurusan masa dan membentuk sifat-sifat kepimpinan.

|