Kemudahan Di Brindley Training & Camp
Di Brindley Training & Camp banyak kemudahan-kemudahan tersedia seperti Banglo, Chalet, Dorm, kemudahan kursus dan seminar, surau, dewan makan, Cafeteria, tapak perkhemahan dan lain- lain lagi.
Banglo
Banglo di tepi laut ini boleh menampung 12 orang pada satu masa. Ianya dilengkapi dengan bilik-bilik tidur dan ruang rehat. Tilam tambahan akan disediakan sekiranya diperlukan.
 
 
Chalet
5 buah chalet boleh menampung 50 orang dalam satu masa termasuk 2 chalet kecil yang sesuai untuk dijadikan bilik urusetia.


Alamilah pengalaman yang mencabar keyakinan dan keberanian dengan aktiviti abseiling di tebing tinggi di tepi laut!
Pupuklah kerjasama dan semangat berpasukan dengan aktiviti berakit di persisiran laut Selat Melaka!
Cabarlah ketahanan fizikal dan keyakinan berada di air dengan berkayak ke Pulau Perjudi!
Terokailah hutan lipur Pasir Panjang untuk menikmati flora dan faunanya dan rasailah suasana malam di hutan yang sunyi dengan latar bunyi unggas dan cengkerik!
Dorm
4 buah dorm ini mengambil sempena nama-nama daerah di Negeri Sembilan iaitu Tampin, Seremban, Jelebu dan Jempol. Anda boleh memilih samada dorm yang berhawa dingin atau sebaliknya menurut kesesuaian bajet anda. Kesemua dorm ini boleh menampung seramai 140 orang pada satu masa.


Tapak Perkhemahan
Tapak perkhemahan yang dilengkapi dengan bekalan air dan tandas ini mampu menampung 100 orang pada satu masa. Ianya sesuai untuk pelajar sekolan dan institusi pengajian tinggi untuk program-program yang bertemakan ‘survival’ dan juga memupuk semangat kerjasama dan kerja berpasukan


Kemudahan kursus dan seminar
Sebuah dewan besar dan 3 buah bilik seminar berhawa dingin yang dilengkapi dengan P.A. system, white board, flip chart dan screen. Kapasiti muatan adalah seperti berikut:-
- Dewan Besar: 250 orang
- Pulau Arang: 70 orang
- Port Dickson: 90 orang
- Pustaka Kolej: 30 orang


Dataran Kejat
Dataran Kejat sesuai untuk pelbagai aktiviti luar seperti sukaneka, street soccer dan latihan kawad kaki.


Wakaf
4 buah wakaf di tepi laut untuk tempat berehat atau tempat perbincangan sambil menikmati hembusan angin laut dan desiran ombak

Surau
Solat berjamaah dan kuliah agama boleh diadakan di surau yang boleh menampung kira-kira 200 jemaah dalam satu masa. 
Dewan Makan
Dewan Selera boleh menampung kira-kira 200 orang pada satu-satu masa.

Kafeteria
Para peserta juga boleh menjamu selera di kafeteria yang menjual makanan dan minuman ringan.

|